Saturday 5 October 2013

Sambutan Hari Raya


                           Tahun ini pelbagai juadah disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menu seperti ketupat, laksa penang, laksa lemak, lontong, bubur lambuk, tapai, rojak dan banyak lagi. Manakala anak-anak TTA membawa pelbagai juadah seperti bihun, kek, biskut dan puding.
                           Anak-anak gembira dengan suasana sambutan Hari Raya yang cukup meriah. Pelbagai fesyen digayakan oleh anak-anak kecil. Warga TTA mengucapkan terima kasih kepada kesudian ibubapa membekalkan menu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.







Sambutan Hari Guru




                    Pada 23 Mei 2013, anak-anak TTA menyambut Hari Guru dengan bermain sukaneka. Pelbagai acara diadakan supaya anak-anak dapat turut serta untuk bermain. 

  • Isi air dalam botol
  • Tarik tali
  • Bawa bola dalam sudu
  • Lari dalam guni
  • Rebut coklat
  • Rebut kerusi
  • Boling padang
  • Bola jaring



Monday 8 October 2012

Tahniah Adik Fawwaz dan Adik Farihin


Karnival Jelajah Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan pertandingan mewarna dan cabutan hadiah pada hari Sabtu 6/10/2012.Hadiah saguhati dimenangi oleh Adik Fawwaz dan hadiah cabutan bertuah oleh Adik Farihin


Sambutan Sukaneka 2012

Setiap tahun TTA1 sentiasa mengadakan aktiviti sukaneka sempena sambutan "Hari Guru". Pada kali ini tsunami merah iaitu Red Warrior menjadi tema untuk sukaneka ini. Terima kasih kepada ibubapa yang sporting......












Sambutan Merdekaraya 2012

Terima kasih kepada ibubapa yang membekalkan kuih muih sempena "Sambutan Merdekaraya" dan terima kasih juga kerana sudi datang menjamu juadah Hari Raya yang disediakan oleh pihak TTA1.
Menu pihak TTA1 sediakan seperti Bakso, Nasi Minyak, Tapai, Ketupat, Rendang dan pulut. Semua yang hadir balik dengan kekenyangan. Opsss.....lupa plak...Tok Imam dan geng2 Masjid Kg sireh juga hadir sama. Terima kasih...Insya Allah ada rezeki tahun hadapan kita jumpa lagi....








Lawatan dari tadika luar ke TTA1

Tadika Tengku Anis setiap tahun selalu dilawati oleh tadika-tadika luar untuk menjalankan aktiviti bermain sambil belajar di I-play Toy Library.

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Kedondong Pasir Mas



Lawatan dari Tadika Khalifa Unggul Kota Bharu



Lawatan dari Tadika Aulad Pintar Pasir Tumboh