Saturday 5 October 2013

Sambutan Hari Raya


                           Tahun ini pelbagai juadah disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menu seperti ketupat, laksa penang, laksa lemak, lontong, bubur lambuk, tapai, rojak dan banyak lagi. Manakala anak-anak TTA membawa pelbagai juadah seperti bihun, kek, biskut dan puding.
                           Anak-anak gembira dengan suasana sambutan Hari Raya yang cukup meriah. Pelbagai fesyen digayakan oleh anak-anak kecil. Warga TTA mengucapkan terima kasih kepada kesudian ibubapa membekalkan menu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.







Sambutan Hari Guru




                    Pada 23 Mei 2013, anak-anak TTA menyambut Hari Guru dengan bermain sukaneka. Pelbagai acara diadakan supaya anak-anak dapat turut serta untuk bermain. 

  • Isi air dalam botol
  • Tarik tali
  • Bawa bola dalam sudu
  • Lari dalam guni
  • Rebut coklat
  • Rebut kerusi
  • Boling padang
  • Bola jaring