Saturday 5 October 2013

Sambutan Hari Raya


                           Tahun ini pelbagai juadah disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menu seperti ketupat, laksa penang, laksa lemak, lontong, bubur lambuk, tapai, rojak dan banyak lagi. Manakala anak-anak TTA membawa pelbagai juadah seperti bihun, kek, biskut dan puding.
                           Anak-anak gembira dengan suasana sambutan Hari Raya yang cukup meriah. Pelbagai fesyen digayakan oleh anak-anak kecil. Warga TTA mengucapkan terima kasih kepada kesudian ibubapa membekalkan menu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.







No comments:

Post a Comment